LMCR1052 PEMBANGUNAN DIRI


Assalamualaikum. Saya merupakan wakil daripada kumpulan ZEALOUS dan ingin melapirkan laporan citra permbangunan diri LMCR1052 yang telah kami jalankan pada setiap minggu. Kumpulan saya terdiri daripada saya sendiri iaitu :

      ·         MUHAMMAD SHAFIQ BIN MUSLIM (GA04235)
·         NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD ZUHAIMI (A166194)
·         NUR EMIEZA BINTI SALEH (A166046)
·         NUR ‘AIN SYAFIQAH BINTI RAHIM (A165876)
·         RAMABARATHI RAMASAMY (A164883)
·         FATHUR REZKY ZULIYUS (A162446)


Pada minggu pertama kami didedahkan tentang apa itu citra pembangunan diri dan apakah tujuan dan aktiviti yang bakal berlangsung sepanjang pembelajaran citra ini. Pada minggu pertama kami diberikan tugas untuk mencari idea untuk projek “We care,We share”. Kami juga perlu menubuhkan kumpulan seramai 5-7 ahli untuk melakukan projek bersama. Selain itu, kami diberikan tugas di dalam ifolio iaitu memahami kandungan yang diberikan di dalam powerpoint. Modul Pembangunan Diri ini mempunyai perkara-perkara yang menjurus kepada:
·         Pengukuhan dan pemantapan penerapan eleman-eleman kemahiran insaniah dalam kursus-kursus pengajian umum.
·         Melahirkan pelajar yang holistik yang dapat menyumbang kepada masyarakat dan organisasi.
·         Memupuk akhlak pelajar yang sentiasa bersifat ikhlas, jujur dan bertanggungjawab dalam kehidupan.
 ·         Melahirkan pelajar yang berakhlak, beretika, kreatif, inovatif, toleransi dan berfikiran waras dari perspektif multidisiplin dan rentas budaya dalam isu-isu kontemporari.

   Kesimpulannya, subjek ini dapat membantu mahasiswa dalam membentuk peribadi dalam dirinya bagi menghadapi dugaan dan cabaran dalam kehidupan seharian. Oleh itu, bertepatan dengan syariat islam yang mane setiap muslim itu perlu sentiasa memperbaiki diri mereka sendiri demi melahirkan insan yang berbakti kepada negara.


TASK PERTAMA
Puan Hazwani memberikan tugas berkenaan komunikasi. Kami perlu mencari video yang berkaitan dengan komunikasi secara verbal atau non verbal di Youtube. Kami perlu copy link url dan menerangkan apa isi kandungan di dalam video tersebut yang boleh dikaitkan dengan komunikasi.. Berdasarkan video yang telah kami tonton dan ilmu yang kami peroleh, terdapat dua jenis kosmunikasi iaitu lisan dan bukan lisan.
 Komunikasi lisan adalah melalui pertuturan dan komunikasi bukan lisan adalah melalui tindakan, reaksi, emosi dan sebagainya. Kami telah memilih uituk menganalisis komunikasi bukan lisan melalui tontonan video kami. Setelah menonton video tersebut, kami memahami kebaikkan dan keburukkan komunikasi jenis bukan lisan.
Antaranya ialah komunikasi bukan lisan dapat menerangkan dengan lebih lanjut mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang. Reaksi dan emosi yang ditunjukkan oleh seseorang dapat menambahkan kedalaman dan makna mesaj yang disampaikan. Misalnya, kita bezakan pertuturan atas talian dan pertuturan secara personal. Sudah tentunya kita dapat memahami perasaan dan mesej seseorang dengan lebih dalam apabila kita dapat melihat reaksi dan emosinya. Walaubagaimanapun, komunikasi bukan lisan ada kekurangannya iaitu ia mungkin dapat menyampaikan mesej yang salah kepada seseorang. Aksi yang ditunjukkan akan ditafsir secara berbeza oleh setiap orang.
 Komunikasi secara bukan lisan juga tidak efektif untuk digunakan pada lapisan masyarakat yang berbeza. Contohnya, jika ingin berkomunikasi dengan kanak - kanak, kosmunikasi lisan lebih baik digunakan kerana kanak - kanak tersebut kemungkinan besar tidak faham lagi mesej yang ingin disampaikan melalui aksi. Secara kesimpulan, kedua - dua jenis komunikasi mempunyai kebaikan dan keburukan.

TASK KEDUA : KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
 Puan Fatin Hazwani memberi slide di ifolio tentang kepimpinan dan kerja berpasukan dan kami telah mempelajari sesuatu yang sangat bermanfaat dalam bab ini. Dalam bab ini kami dapat mengetahui tentang sifat kerja berpasukan iaitu :
·         memberi kefahaman mengenai konsep dan faktor kepimpinan
·         menjelaskan fungsi utama kepimpinan dan kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan keberkesanan
·         membolehkan pelaja menganilisis prinsip-prinsip kepimpinan berdasarkan kes rujukan
·         membolehkan pelajar mengaplikasikan kemahiran kepimpinan dalam menangani masalah
·         menjelaskan konsep kerja berpasukan
·         membolehkan pelajar mengenalpasti kekuatan dan kelebihan kerja berpasukan
·         menjelaskan ciri kerja berpasukan yang berjaya
 Kepimpinan bermaksud  pengaruh tertentu di dalam hubungan diantara dua orang atau lebih
(Hollander dan Julian 1969) dan terbahagi kepada dua iaitukepimpinan islam dan barat. Teori kepimpinan terbahagi kepada empat iaitu :

·         teori tret
·         teori tingkah laku
·         teori kontingensi
·         teori kontemporari

Prinsip berdasarkan kepimpinan barat :
·         memahami diri anda sebagai pemimpin
·         menguasai kemahiran teknikal
·         mencari peluang untuk menjalankan tangungjawab
·         berupaya menyelesaikan masalah
·         memberi contoh yang boleh diikuti
·         fahami anggota pasukan
·         pastikan anggota diberikan maklumat apabila perlu
·         mewujudkan hubungan manusia berasaskan hormat satu sama lain
·         pastikan angota faham akan langkah-langkah mancapai matlamat
·         memberi peluang latihan kepada anggota sebagai sebuah pasukan
·         menggunakan secara maksimum anggota sebagai sebuah pasukan
Prinsip kepimpinan berdasarkan islam :
·         kepercayaan dan pengabdian penuh kepada Allah
·         kepimpinan adalah pelaksanaan amanah dan risalah
·         memberikan, memperlihatkan dan berkongsikan hala tuju  ataupun wawasan dengan organisasi dan penngikut mereka
·         mengambil peranan utama dalam mencorakkan dan mengekalkan budaya organisasi mereka
Fungsi kepimpinan :
·         fungsi tugasan
·         fungsi kumpulan
·         fungsi terhadap individu
Membangunkan kemahiran kepimpinan :
·         kemahiran mentadbir dan mengurus
·         kemahiran interpersonal
·         kemahiran mengkonsepsi
·         Pembangunan kepimpinan melalui kerja berpasukan
·         kerja berpasukan ialah satu pendekatan yang unik tapi kreatif

Perbezaan antara kerja kumpulan dan kerja berpasukan :
1.       kerja berkumpulan : terdiri daripada individu yang melakukan kerja masing-masing yang dipertanggungjawabkan  dalam satu kumpulan
2.       kerja kumpulan : terdiri daripada ahli kepada satu pasukan kerja, bekerja dalam satu kumpulan dengan tekad untuk bekerja sama
Teori kerja berpasukan :
·         teori belbin
·         teori hieraraki keperluan maslow
·         teori X dan teori Y
- Kelebihan dan faedah kerja berpasukan :
·         memupuk semangat berkerjasama
·         membuat keputusan dan penyelesaian masalah
·         sumber manusia lebih produktif
·         membina komitmen
·         komunikasi berkesan
·         berkualiti
·         semangat dan motivasi
·         mengurangkan tenaga dan kakitangan \kepuasan bekerja
Ciri-ciri kerja berpasukan :
·         kepimpinan ketua
·         keanggotaan ahli
·         rangkaian hubungan
·         cara penyelesaian masalah
·         mencapai matlamat

TASK KETIGA : PEMIKIRAN KRITIS, PENYELESAIAN MASALAH
Puan Fatin Hazwani memberi task yang ketiga iaitu membuat padlet di website dan perlu copy link kepadanya. Dalam pembelajaran ini kami dapat mempelajari bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan kreatif iaitu :
·         kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian berjustifikasi
·         kebolehan mengembangkan dan memperbaiki kemahiran berfikir
·         kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif
·         kebolehan berfikir melangkaui batas
·         kebolehan membuat keputusan berdasarkan bukti yang kukuh
·         kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan
·         kebolehan memahami dan menyelasaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baru
Pemikiran kritis merupakan satu aktiviti di dalam proses mentafsir, menilai dan menganalisis maklumat berlaku. Ciri-ciri pemikiran kritis :

·         tidak begitu mudah untuk terus menerima atau bersetuju terhadap sesuatu perkara, mempertimbangkan baik buruk sesuatu perkara dahulu
·         berfikir secara mendalam dan memberi pertimbangan yang serius tentang sesuatu idea
·         pemikiran kritis melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, tafsiran dan penilaian
·         penghujahan adalah aspek yang diutamakan dalam pemikiran kritis, cara-cara memberi alasan untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat
·         bersifat reaktif, penilaian analisis dan logik
Komponen pemikiran kritis tebahagi kepada dua iaitu kemahiran menganalisis secara kritis dan kemahiran menilai secara kritis.

Kelebihan pemikiran kritis :
·         menjadi lebih matang
·         bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan
·         sensitif dan prihatin
·         berjiwa besar, yakin dan berani
·         lebih berhemah dan bertangungjawab
·         ketahanan diri dan harga diri yang tinggi
·         tidak mudah dipengaruhi
Sikap pemikiran kritis yang baik  :
·         berfikiran rasional mampu meneliti pengalaman lalu, menilai dan menimbang pelbagai pendapat dan idea sebelum membuat keputusan
·         mampu mempertimbangkan dan memutuskan kesahihan penyataan yang dikemukakan pihak lain
·         ingin tahu dan minda terbuka
·         mengutamakan kejituan, objektif dan inginkan kejelasan serta ketepatan sentiasa mempunyai maklumat yang cukup
·         sentiasa mencari alternatif
·         sensitif terhadap orang lain
Penyelesaian Masalah :
·         penyesaian masalah ialah tugas yang dihadapi oleh seseorang yang perlu dicari jawapan atau penyelesaiannya sedangkan tidak bersedia sesuatu prosedur penyelesaiannya

Masalah mempunyai tiga komponen :
·         sekumpulan maklumat yang tersedia
·         sekumpulan operasi atau pergerakan yang sah yang mungkin diambil bagi menghasilkan penyelesaian
·         matlamat atau penghuraian tentang keadaan yang dianggap sebagai penyelesai kepada masalah
Ciri-ciri penyelasaian masalah secara kreatif :
·         tidak terus menggunakan kaedah pertama yang didapati
·         cuba fikirkan apakah cara-cara yang mungkin digunakan oleh orang lain seandainya masalah itu berlaku pada mereka
·         tidak bersifat defensif terhadap masalah itu
·         minta pendapat orang lain yang tidak selaluterlibat dengan masalah
·         biasakan dengan tabiat mengeram idea-idea untuk menyelsaikan sesuatu masalah
·         yakin pada diri dan idea sendiri
·         gunakan peta minta
·         biasakan diri dengan tabiat sengaja mencari pelbagai masalah yang ada di sekeliling kita

Bagaimana cara menyelesaikan masalah berdasarkan islam :
·         sabar dan cuba memahami apa yang kekurangan
·         selesaikan masalah dengan tenang
·         Tidak stres

TUGASAN BERKUMPULAN : WE CARE WE SHARE

Kami perlu berbincang dalam setiap kumpulan untuk membuat projek yang bertajuk WE CARE WE SHARE di mana kami perlu menjadi sukarelawan. Setelah siap berbincang pada minggu seterusya kami perlu proceed projek yang kami utuskan iaitu kami sekumpulan bercadang memberikan sarapan pagi kepada pelajar pelajar di setiap bus stop tetapi mereka perlu bermain permainan teka teki yang telah kami sediakan. Ini merupakan beberapa bukti yang kami jalankan projek tersebut








Apa yang kami peroleh daripada projek ini adalah kami dapat mengkaji hamper 80% tidak mengambil sarapan mereka dan dengan menjalankan projek ini mereka tidak lagi mengelakkan sarapan pagi. Kami juga dapat mengertakan silaturahim antara pelajar lain serta dapat meningkatkan keyakinan dalam berkomunikasi. Semangat kerjasama dalam melakukan projek ini tidak akan kami lupakan kerana ia satu pengalaman yang menarik. 


Comments

Popular posts from this blog

APPLY DEGREE MASSCOM UKM

Interview Biasiswa Yayasan Sime Darby & Yayasan Peneraju